![]() |
Oasis 1 Mutiara Heights yang dibangunkan oleh pemaju hartanah sederhana iaitu TLS Group Holding di Kajang,kekal mendapat sambutan hangat daripada golongan pertengahan di Malaysia. |
12 Ogos 2015 - Sektor Hartanah Malaysia kekal antara pasaran paling dinamik di rantau Asia Tenggara, seperti yang dibuktikan oleh pertumbuhan harga pada tahun lepas dan jumlah urusniaga suku kedua yang sangat aktif. Hal ini dinyatakan oleh CEO Ensign Media, terry Blackburn.
Sektor Hartanah di Malaysia menunjukkan jumlah urusniaga suku kedua yng sangat aktif, terutamanya dalam segmen pertengahan dan mewah, semasa pelaksanaan langkah-langkah pengawalan oleh kerajaan serta syarat pinjaman bank yang ketat ketika ini, kata Blackburn dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia.
Ensign Media, penganjur anugerah dan penerbit majalah industri terkemuka
di Asia, Property Report, dijangka menganjurkan Anugerah Hartanah Asia
Tenggara (Malaysia) pada 26 Ogos 2015.
Syarikat yang bersaing untuk anugerah Pemaju Terbaik tahun ini ialah Dynasty View Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh UM Land Bhd), Mah Sing Group Bhd, Sime Darby Property Sdn Bhd serta SP Setia Bhd dan subsidiari.
Industri pembangunan di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan, kemungkinan kenaikan kadar faedah, kriteria pinjaman yang lebih ketat daripada bank-bank di bawah garis panduan pinjaman tanggungjawab baru - dan mungkin atau tidak terus mengalami kenaikan, kerana beberapa pertumbuhan pasaran menjadi tidak mampan, kata ketua panel hakim David Aboud.
"Pemaju perlu lebih berhati-hati tetapi pemain-pemain yang berkualiti akan menyesuaikan diri. Tumpuan akan kekal di pasaran peringkat pertengahan," katanya.

No comments:
Post a Comment