Wednesday, August 12, 2015

Oasis 1 Mutiara Heights Kajang

Kondominium Oasis 1 Mutiara Heights, Kajang merupakan antara kondominium yang paling banyak menawarkan kemudahan awam (common facilities) untuk memenuhi gaya hidup urban masakini.

Oasis 1 @ Mutiara Heights

SEPTEMBER 2015: Oasis 1 Mutiara Heights adalah satu lagi projek kondominium daripada TLS Group Holdings Sdn Bhd. Bertapak di kawasan Mutiara Heights, salah satu lokasi strategik baharu di Kajang,  Oasis-1 bakal menjadi kondominium berkelas tinggi yang menawarkan fasiliti serba lengkap bagi memenuhi gaya hidup metropolitan anda. 

Oasis 1 Mutiara Heights dibangunkan oleh Esteem Capitals Development Sdn Bhd di kawasan lebih tinggi dari aras tanah Mutiara Heights. Bakal menjadi mercu tanda baru tertinggi di Kajang pada October 2017, OASIS 1 Mutiara Heights menawarkan 2 blok menara kondominium, A dan B dengan ketinggian 28 dan 29 tingkat dan jumlah keseluruhan kira-kira 460 unit. Jualan soft-launch projek hartanah ini telah diadakan pada hari Isnin, 8 September 2014 dan ini bermakna pelancaran Oasis 1 Mutiara Height telah berlaku sejak hampir setahun yang lalu!  

Dibangunkan di atas tanah berbukit yang dikelilingi projek-projek bungalows dan superlink baharu, OASIS 1 Mutiara Heights Kajang diilhamkan khusus buat mereka yang ingin menikmati suasana privasi dalam persekitaran kondominium mewah yang kurang padat (low density).

Persekitaran hijau yang masih sejuk dengan pemandangan hutan simpan Jeluh, kedudukan yang jauh dari kebisingan bandar tetapi masih dekat dengan bandar Kajang dan akses ke rangkaian lebuhraya utama adalah satu kelebihan bagi kawasan Mutiara Heights.

Tiada ruginya untuk anda melabur atau memiliki hartanah di mukim Kajang yang termasuk dalam perancangan The Greater KL/Lembah Klang!  Ya! OASIS 1 Mutiara Heights hanya 4.5km dari hub bandar Kajang dan proposed MRT Station Sungai Kantan, membolehkan anda menikmati segalanya yang ada di Kajang.  Sebagai makluman anda, bandar Kajang sahaja akan mempunyai 3 stesen MRT (Lihat rajah di atas) yang akan siap pada 2016 iaitu:
  • Stesen MRT Sg Kantan (berdekatan KPJ Specialist Kajang),
  • Stesen MRT Bandar Kajang (sebelah Medan Satay Hj Samuri)
  • Stesen MRT Kajang besepadu dengan Stesen Komuter Kajang di Jalan Bukit.

Tempoh Perjalanan ke KL dan Putrajaya

Mutiara Heights merupakan salah satu kawasan baharu yang strategik di Kajang dan tidak jauh dari Kuala Lumpur dan KLCC. OASIS 1 Mutiara Heights ke KLCC mengambil masa antara 30-40 minit melalui Prima Saujana -> Saujana Impian -> Lebuhraya Cheras-Kajang -> Jalan Tun Razak. Masa yang lebih pendek adalah ketika keadaan trafik lancar misalnya seawal 6.30 pagi atau selepas maghrib yang mana perjalanan anda melawan arus trafik. Ketika ini, trafik waktu pagi di lebuhraya Grand Saga itu agak buruk kerana terdapat 4 stesen MRT dalam pembinaan yang terpaksa ditempuhi oleh pengguna jalanraya.      
Apabila siap kelak pada 2017, semua stesen MRT di sepanjang laluan Lebuhraya Cheras-Kajang juga telahpun siap, melancarkan lagi laluan trafik dari Mutiara Heights ke KLCC.

Perjalanan dari OASIS 1 Condominium, Mutiara Heights ke Presint-1 Putrajaya mengambil masa kira-kira 25 minit melalui Prima Saujana -> Saujana Impian -> Lebuhraya Cheras-Kajang -> SILK (Kg. Sg. Ramal Luar) -> SKVE -> Persiaran Timur (IOI City Mall dan IOI Resort City).
Secara perbandingan, OASIS 1 Mutiara Heights ditawarkan  oleh TLS pada harga yang amat kompetitif dalam kelas kediaman harga tinggi di Kajang dengan nilai semasa tanah iaitu RM400 sekaki persegi. Dengan keluasan bermula daripada 1,250 kaki persegi, OASIS 1 Mutiara Heights menawarkan 4 jenis rekabentuk pelan lantai dan merupakan antara kondominium berkeluasan besar di Kajang.  Datanglah ke pejabat jualan kami untuk melihat sendiri model kondominium ini!

OASIS 1 Mutiara Heights juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan standard yang terdapat di mana-mana kondominium mewah termasuklah  2 car parks berbumbung yang bangunannya bersambung dengan menara kondominium, outdoor gymnasium, swimming pool, wading pool, gazebo, FUTSAL court, climbing wall, half basketball court, surau, pejabat pengurusan, dewan serbaguna/multi-purpose hall dan taman permainan kanak-kanak.  

Kawasan Mutiara Heights adalah kawasan baharu yang berbukit. Terdapat projek banglo dan superlink house yang telah siap di sana tetapi belum diduduki kerana sedang dalam proses ubahsuai, antaranya ialah Superlink House Mutiara Villa. Projek Mutiara Villa telahpun siap sepenuhnya dan telah mendapat sijil menduduki (CF). Sebahagian pembeli telahpun duduk menetap di Mutiara Villa.

Projek kondominium yang hampir siap di sini ialah Ivory Residence. Projek ini dijangka siap sepenuhnya dan boleh mula didiami pada tahun hujung tahun ini (2015). Ini diikuti dengan Ameera Residence (pada 2016).

Mutiara Heights juga telah tersedia dengan kemudahan rangkaian kabel gentian optik bagi kemudahan perkhidmatan Internet fiber optik seperti Unifi dan Maxis broadband fiber.

Jarak Mutiara Heights ke Prima Saujana adalah kurang daripada 1km, dimana terdapatnya pasaraya Giant, McDonald, Papparich, stesen minyak Petronas, stesen minyak Shell, Standard Chartered bank, KAMDAR dan kedai-kedai lain yang menjual pelbagai barang dan perkhidmatan. Jalan masuk daripada Prima Saujana ke Mutiara Heights telah lama siap dan terdapat juga pondok menunggu bas disediakan.
Oasis 1 Mutiara Heights juga  tidak jauh daripada pusat perniagaan baharu di TTDI Grove dan Kajang Perdana. Di sana, lebih banyak kedai yang menjual pelbagai keperluan pengguna telahpun dibuka.
 
 
Oasis 1 - Pilihan Hartanah Diluar Jangkauan
 
Bagi anda yang memilih OASIS 1 Mutiara Heights Condominium Kajang sebagai rumah kediaman, sememangnya anda membuat pilihan yang tepat! Mulai September 2015, pihak pemaju menawarkan pakej pemilikan rumah yang lebih menarik sebagai nilai tambah kepada para pembeli. Apa yang  paling  mudah  ialah miliki rumah dengan tempahan RM1000 sahaja 

Dari aspek fizikal, OASIS 1 Condominium  bukan setakat  luas, tetapi mempunyai seni lanskap hijau yang menarik dan kreatif, malah kemudahan-kemudahan yang disediakan juga cukup lengkap untuk memenuhi gaya hidup yang aktif, sihat, selesa dan moden kontemporari.
Nah! Banyak lagi yang hendak diperkatakan mengenai OASIS 1 Mutiara Heights Condominium dengan lebih terperinci. Semestinya yang terbaik untuk anda tersedia di OASIS 1 Mutiara Heights!
Untuk maklumat, sila hubungi/whatapps  019-676 0020



No comments:

Post a Comment