 |
Kondominium Oasis 1 Mutiara Heights, Kajang merupakan antara kondominium yang paling banyak menawarkan kemudahan awam (common facilities) untuk memenuhi gaya hidup urban masakini. |
Oasis 1 @ Mutiara Heights
SEPTEMBER
2015: Oasis 1 Mutiara Heights
adalah satu
lagi projek kondominium daripada TLS Group Holdings Sdn Bhd.
Bertapak di kawasan Mutiara Heights, salah satu lokasi
strategik baharu di Kajang, Oasis-1 bakal menjadi
kondominium berkelas tinggi yang menawarkan fasiliti
serba lengkap bagi memenuhi gaya hidup metropolitan anda.
Oasis 1 Mutiara Heights dibangunkan oleh
Esteem Capitals
Development Sdn Bhd di kawasan lebih tinggi
dari aras tanah Mutiara Heights.
Bakal menjadi mercu tanda baru tertinggi di
Kajang pada October 2017,
OASIS 1
Mutiara Heights
menawarkan
2 blok menara kondominium, A dan B dengan ketinggian
28 dan 29 tingkat dan jumlah keseluruhan
kira-kira 460 unit. Jualan
soft-launch
projek hartanah ini telah diadakan pada hari Isnin, 8 September 2014 dan ini bermakna pelancaran Oasis 1 Mutiara Height telah berlaku sejak hampir setahun yang lalu!
Dibangunkan di atas tanah berbukit
yang dikelilingi projek-projek bungalows dan
superlink baharu,
OASIS 1
Mutiara
Heights Kajang
diilhamkan khusus buat mereka yang ingin menikmati
suasana privasi dalam persekitaran kondominium mewah
yang kurang padat (low density).
Persekitaran hijau yang masih sejuk dengan pemandangan
hutan simpan Jeluh, kedudukan yang jauh dari
kebisingan bandar tetapi masih dekat dengan bandar
Kajang dan akses ke rangkaian lebuhraya utama
adalah satu kelebihan bagi kawasan Mutiara Heights.
Tiada
ruginya untuk anda melabur atau memiliki
hartanah di mukim Kajang yang termasuk dalam
perancangan The Greater KL/Lembah Klang!
Ya!
OASIS 1
Mutiara Heights hanya 4.5km dari hub bandar
Kajang dan proposed MRT Station Sungai
Kantan, membolehkan anda menikmati
segalanya yang ada di Kajang. Sebagai
makluman anda, bandar Kajang sahaja akan
mempunyai 3 stesen MRT (Lihat rajah di
atas) yang akan siap pada 2016 iaitu:
-
Stesen
MRT Sg Kantan (berdekatan KPJ
Specialist Kajang),
-
Stesen
MRT Bandar Kajang (sebelah Medan Satay
Hj Samuri)
-
Stesen
MRT Kajang besepadu dengan Stesen
Komuter Kajang di Jalan Bukit.
Tempoh Perjalanan ke KL dan Putrajaya
Mutiara Heights merupakan salah satu kawasan
baharu yang strategik di Kajang dan tidak jauh
dari Kuala Lumpur dan KLCC. OASIS
1 Mutiara Heights ke KLCC mengambil
masa antara 30-40 minit melalui Prima Saujana
->
Saujana Impian -> Lebuhraya Cheras-Kajang ->
Jalan Tun Razak. Masa yang lebih pendek adalah ketika keadaan trafik lancar misalnya seawal 6.30 pagi atau selepas maghrib yang mana perjalanan anda melawan arus trafik. Ketika ini, trafik waktu pagi di lebuhraya Grand Saga itu agak buruk kerana terdapat 4 stesen MRT dalam pembinaan yang terpaksa ditempuhi oleh pengguna jalanraya.
Apabila siap
kelak pada 2017, semua
stesen MRT di sepanjang laluan Lebuhraya
Cheras-Kajang juga telahpun siap, melancarkan
lagi laluan trafik dari Mutiara Heights ke KLCC.
Perjalanan dari
OASIS 1
Condominium, Mutiara Heights ke
Presint-1 Putrajaya mengambil
masa kira-kira 25 minit melalui Prima Saujana ->
Saujana Impian -> Lebuhraya Cheras-Kajang ->
SILK (Kg. Sg. Ramal Luar) -> SKVE -> Persiaran
Timur (IOI City Mall dan IOI Resort City).
Secara perbandingan,
OASIS 1
Mutiara Heights
ditawarkan
oleh TLS pada
harga yang amat kompetitif dalam kelas kediaman harga
tinggi di Kajang dengan nilai semasa tanah iaitu RM400 sekaki persegi. Dengan keluasan bermula daripada 1,250 kaki persegi,
OASIS 1
Mutiara Heights
menawarkan 4 jenis rekabentuk
pelan lantai dan merupakan antara
kondominium berkeluasan besar di Kajang. Datanglah ke
pejabat jualan kami untuk melihat sendiri model
kondominium ini!
OASIS 1
Mutiara Heights
juga dilengkapi
dengan kemudahan-kemudahan standard yang terdapat
di mana-mana kondominium mewah termasuklah 2 car parks
berbumbung yang bangunannya bersambung dengan menara
kondominium, outdoor gymnasium, swimming pool,
wading pool, gazebo, FUTSAL court, climbing wall, half basketball
court, surau, pejabat pengurusan, dewan
serbaguna/multi-purpose hall dan taman permainan
kanak-kanak.
Kawasan
Mutiara Heights adalah kawasan baharu yang berbukit.
Terdapat projek banglo dan superlink house yang telah
siap di sana tetapi belum diduduki kerana sedang dalam
proses ubahsuai, antaranya ialah Superlink House
Mutiara Villa. Projek Mutiara Villa telahpun siap
sepenuhnya dan telah mendapat sijil menduduki (CF).
Sebahagian pembeli telahpun duduk menetap di Mutiara
Villa.
Projek kondominium
yang hampir siap di sini ialah Ivory Residence. Projek
ini dijangka siap sepenuhnya dan boleh mula didiami pada
tahun hujung tahun ini (2015). Ini diikuti dengan Ameera Residence (pada 2016).
Mutiara Heights juga telah tersedia dengan kemudahan
rangkaian kabel gentian optik bagi kemudahan
perkhidmatan Internet fiber optik seperti Unifi dan
Maxis broadband fiber.
Jarak Mutiara Heights
ke Prima Saujana adalah kurang daripada 1km, dimana
terdapatnya pasaraya Giant, McDonald, Papparich,
stesen minyak Petronas, stesen minyak Shell, Standard Chartered bank, KAMDAR dan
kedai-kedai lain yang menjual pelbagai barang dan
perkhidmatan. Jalan masuk daripada Prima Saujana ke
Mutiara Heights telah lama siap dan terdapat juga pondok
menunggu bas disediakan.
Oasis 1 Mutiara Heights juga tidak jauh daripada pusat perniagaan baharu di TTDI Grove dan Kajang Perdana. Di sana, lebih banyak kedai yang menjual pelbagai keperluan pengguna telahpun dibuka.
Oasis 1 -
Pilihan Hartanah Diluar Jangkauan
Bagi anda yang memilih
OASIS 1
Mutiara Heights
Condominium Kajang
sebagai rumah kediaman, sememangnya anda membuat pilihan yang
tepat! Mulai September 2015, pihak pemaju menawarkan pakej pemilikan rumah yang lebih menarik sebagai nilai tambah kepada para pembeli. Apa yang paling mudah ialah miliki rumah dengan tempahan RM1000 sahaja
Dari aspek fizikal,
OASIS 1
Condominium
bukan setakat luas, tetapi mempunyai seni
lanskap hijau yang menarik dan kreatif, malah kemudahan-kemudahan yang disediakan
juga cukup lengkap
untuk memenuhi gaya hidup yang aktif, sihat, selesa dan moden
kontemporari.
Nah! Banyak lagi yang hendak diperkatakan mengenai
OASIS 1 Mutiara Heights
Condominium
dengan lebih terperinci. Semestinya yang
terbaik untuk anda tersedia di
OASIS 1 Mutiara Heights!
Untuk
maklumat, sila hubungi/whatapps
019-676 0020